Thursday, January 29, 2009

boikot


Salam. Aritue aku dgr iklan kt radio. Iklan tue telah menggambarkan betapa enaknya Zinger Burger di sebuah franchise makanan segera. Seriously iklan tue berjaye menaikkan hormon dalam badan aku lantas aku mmg mengidam nk membaham Zinger Burger pada masa tue jugak.

Aku pn ckp kt adik aku, "Afiq, jom kte gi KFC. Angah belanje Zinger Burger. Cam best je iklan nih. jom r"

adik aku yg tgh bace komik pn reply dgn selamber badak, "nanti duit tue israel guna utk beli peluru tembak Palestin! berdosa! kita kene boikot!"

seriously aku terkejut beruk dgn jwpn matured adik aku tue!!!!!!!!

terkedu jap..

Thursday, January 22, 2009

bas dan cinta



Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee...penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali cuba mengejar, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta... hehehehheheheeee..... "

-edited from forward email..enjoy 4 days holiday!! yeayyyyyyyyyyyyyyy adios amigos =)

Monday, January 19, 2009

umah siap, pahat berbunyi



Salam & Hi Everybody.

"Rumah Siap, tapi Pahat masih berbunyi"

Pelik kan? tue makne nye umah tue ade hantu ;)

same goes to AJL23 yang baru sahaja melabuhkan tirai pada hari Ahad. Aku sefamily seramai 7 org tercegat kt depan TV utk turut serta memberikan sokongan dari rumah kepada artis-artis yang sedang terpekik di atas pentas. Pada aku, nih antara AJL paling best sebab dis is the only AJL yang aku sempat tonton sampai abes. yang seblom nih aku tgk juga, tapi yang rakaman punya la.

Cam biasa la, majlis dh tamat pon masih lagi org ramai mempertikaikan tentang kewajaran keputusan yang telah di adili oleh juri-juri professional. pada aku, ermm terima je la. klo la artis korg menang pon, korang takat menang sorak je. tak de nye artis tue share duit kemenangan dgn korg kn? klo kalah pon tak pe la. at least korg tak de la rugi ape-ape.

Lpas abes AJL, aku terus bukak astro @15. seronok tau membaca sms gelagat rakyat malaysia yang tak puas hati dengan keputusan tue. pastu, siap kutuk-kutuk lagi artis yang menang & yang kalah. Fans artis tertentu plak siap defend lg. Lantak korg la, yang kaya Astro jugak!! haha

Papepon, tahniah kepada yang menang. Cuma ada beberapa anugerah yang Cheryl Samad, Sally Iskandar serta FBI lupa nak announce.

Kuku Terchantek = Faizal Tahir (lame tak potong kot)

Rambut terchantek = Ayu (salah pegi Salon)

Make-Up terchantek = Meet Uncle Hussain (Jocker yang makeup kn)

Bajet Chomey = Elyana kot (cam budak tadika tunggu van nak balik umah)

Sangat Paling HyperActive = Stacy (terminum Red Bull sblom naik pentas)

Paling Panas = Farawahida (that's why props die byk pkai kipas)

Paling Sempoi = Spider (terlalu simple & sempoi..tidak meninggalkan kesan mendalam)

Comeback Queen = Ziana Zain (vokal yang masih bergetah)

Paling Kurus = Aizat (serious tak cam Aizat..wacayalalu beb! pat tanya - ape rahsia nya?)

Future Champions = Aizat jugak. He's talented! menyanyi boleh, komposer pon boleh. tulis lirik pon boleh. percubaan pertama yang sangat hebat! Future really bright for you Aizat! kalaulah lagu "hanya kau yang mampu" dapat masuk AJL..sure menang kan?

Special Tribute = Persembahan Selingan dari M.Nasir, Jamal Abdillah & Jack serta bebdk tom-tom bak yang sangat berbakat! Congrate..Fantastic..Awesome!!!! Best performance at that nite!! =)

Adios Amigos

Friday, January 16, 2009

Wiken yg menarik!!!



Salam. hy semua! This weekend is gonna be ROCKS & Havoc!


Sabtu


Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Politik di Malaysia menarik di ikuti sebenarnya. Berjuta-juta wang telah habis di taburkan utk menarik undi. Seronokla org Kuala Terengganu ye...Rezki, nk wt cmne ye dok? Pasnih rakyat akan start berdoa supaya ahli Parlimen die mati sebab nak dapat pembangunan segera =) Semoga org KT akan buat keputusan bijak!


My prediction = Adalah..Mana boley bgtau! hehe..


Ahad


AJL merupakan acara yg di tunggu-tunggu. Pada aku, AJL merupakan majlis yang unik sebab pengiktirafan bukan di berikan kepada penyanyi, tetapi kepada komposer & penulis lirik yang berhempas pulas buat keje belakang tabir.


Berikut adalah 14 buah lagu yang akan bersaing pada Malam Kemuncak Anugerah Juara Lagu 23 (dijadualkan 18 Januari 2009) :


ETNIK KREATIF


1. Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza)


2. Dusta Berkalang (Aiman)


3. Persoalan Cinta (Farawahida)

POP ROCK

1. Yang Pernah (Estranged)


2. Laguku Untukmu (Meet Uncle Hussein)


3. Kalis Rindu (Elyana)


4. Bukan Di Sini (Sofaz)


5. Aku Stacy (Stacy)

BALADA

1. Sampai Syurga (Faizal Tahir)


2. Cuba (Faizal Tahir)


3. Bila Nak Saksi (Spider)


4. Lagu Kita (Aizat)


5. Hanya Di Mercu (Ayu)


6. Dingin (Ziana Zain)


My Prediction = Faizal Tahir dgn Lagu Sampai Syurga! Lagu nih sangat kuat dari segi susunan lirik dan mempunyai kelebihan susunan melodi yang tersendiri. Penyanyi lain boleh cuba tahun depan ye =)


Adios Amigos

Thursday, January 15, 2009

Cheap & Reliable?


Ok kali nih aku nk cerita tentang perang harga yg berlaku di Malaysia. Aku nk cerita pasal perang harga tambang Kapal Terbang atau name omputihnya Flight Ticket.

Rasanya semua sudah sedia maklum 2 syarikat gergasi ini telah mendominasi aviation industry like storm. Kedua-dua nya sedang berebut-rebut untuk memikat hati pengguna yang rata-ratanya inginkan kadar tambang yang murah. Well, paham-paham je la kan lebih-lebih lagi dengan ekonomi yang tengah gawat ini, asal ade yang murah sudah pasti la menjadi keutamaan.

Namun adakah yang murah itu paling selesa?
Umum rakyat Malaysia mahupun penggemar pengangkutan udara di dunia sudah maklum yang Air Asia telah menggugurkan surcharge bahan api. Dengan itu, harga tiket yang ditawarkan jauh lebih rendah compare to the other fierce rival. Namun, langkah ini telah dituruti oleh MAS yg akan menurunkan surcharge bahan api untuk penerbangan domestic sahaja. Wahhh bagus-bagus, nanti kita sebagai pengguna la yang akan untung! Tp..

Promotion ROCKS!!

Cuba korg rajinkan diri beli any newspapers today. Aku yakin 99% yang korg akan lihat promosi Flight ticket yang begelimpangan di dada akhbar. Cuba teliti dengan sefokus mungkin. Korang akan Nampak tanda (*) yg bermaksud conditional @ bersyarat! So my advise is to read from top to bottom what the airlines company offers. The price written will show a fantastic & very very CHEAP price because..
-the price may refer to 1 way journey only. Forsure la korg nk beli tiket 2 way untuk memudahkan perjalanan. But unless korg mmg nk menetap kt destinasi dituju, so no probs la.

-the price may exclude the management fees or the airport tax. So although they have exclude the fuel surcharge (caj bahan api) before, the price actual price will still very high. The airport tax will depend of the type of airport. LCCT’s Airport Tax is much cheaper compare to KLIA’s Airport Tax. So if your ticket depart from LCCT, your price should be cheaper la by any means.

-the ticket price becomes cheap may because of the time of your plane depart. For example a plane which departs at 1am will be much cheaper compare to the plane that departs at the normal time. That’s the strategy of the company la because they know that if they depart at 1am, forsure tak ramai yang akan naik. Sape la yang sanggup nak stay-up during that time. Semua org tgh membuta atas katil Haha So when the price down, hopefully more people will fill up the slot. if you dare to take risk and fly at 1am, than you will pay less la =)

-time of booking will be another factor. The earlier you book, the cheaper the price! So may be the price display if for travelling 2 months from now etc. So plan your journey & book earlier la. Can save byk maaaaaaaa...

Another very important thing is, semua booking yang dibuat online is not refundable which means if you make booking & last minute you got other things to do, than you money will burn! Hoho dengan strategi ini sahaja, dah berjaya generate millions of money. Why? Example, each ticket cost around RM150. So if one person miss the flight, than the airlines will get RM150 free of charge! If 10 person do so, than they will get RM1500. If One day, they got 50 flight, than 75000!!!!!!! Wow..that’s only one day. How about a year?? Calculate by yourself la..=)

Nasihat aku, baca dari A sampai Z. Faham dengan seteliti mungkin apekejadahnya harga yang ditawarkan. If not, then don’t complain about any extra money that you need to pay.
Nowadays, travel by plane may cost you less compare to travel by car or by bus! It’s true!!!
Plan earlier...Price? make the correct decision..each airline have pro & cons =)
Adios Amigos

Tuesday, January 13, 2009

Thought Of the Day - 1

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak kacak. - Bidalan Cina


cm btol je..kn? =)

Thursday, January 8, 2009

kewajipan memakai seatbelt



Sejak 1st januari 2009, mmg abes heboh ttg penggunaan seatbelt utk penumpang yg menetap di belakang kereta. So kpd semue pembaca ku yg budiman, korg jangan la lupe pkai ye, jangan di sebabkan kealpaan korg menyebabkan driver dapat ‘surat chintan’ berharga rm200. So far sebyk 200++ saman telah dikeluarkan. Kaye la pak cik polis trafik nih.

Personally, I’m totally agreed with the new rules. Pada aku la, sebenarnya telah berlaku sedikit pergeseran pemahaman ttg sebab utama JPJ serta JKJR menguatkuasakan undang-undang nih.

Adakah dgn memakai seatbelt utk penumpang di belakang, kadar kemalangan akan berkurangan?

NO. Tak de makne nye kadar kemalangan berkadar langsung dgn pemakaian seatbelt di belakang. Klo la driver tue drive mcm syaitan lajunya, even penumpang kt belakang tue pkai 10 seatbelt sekalipun kemalangan masih lagi berlaku.

Abes tue, kenapa masih lagi penumpang di belakang perlu memakai seatbelt? Kemalangan still can happen rite?

Tujuan utama nya adalah utk mencegah kematian akibat kemalangan. It just to prevent the number of death that occurred during the accident. Secara statistiknye, kebanyakan kematian yg berlaku ketika kemalangan bukan disebabkan oleh kemalangan itu sendri, tp kematian berlaku apabila penumpang di belakang tercampak keluar dari kenderaan dan kemudiannya di hentam/dilenyek tanpa sengaja oleh kenderaan lain yg kebetulan lalu disitu & tak sempat mengelak.

Believe me, it’s true!

A friend of mine accidently mengantuk ketika memandu. Tanda disedari nya kereta yg dipandu trus menjunam mencium pagar umah di selekoh itu. Driver terselamat disebabkan memakai seatbelt. Co-driver pn still ok lagi. Kedua mereka hanya mendapat layanan pesakit luar di hospital. Tapi impak paling besar ialah mak cik nya di belakang yg tercampak kehadapan kereta dek tidak memakai seatbelt. Akibatnya, tangan yg digunakan utk menahan muka drpd terlanggar cermin hadapan telah hancur! Bayangkan la kawan-kawan..
So, sementara sempat nih marilah kite memakai seatbelt di belakang. Kepada driver yg suke drive cm Lewis Hamilton / Michael Schumacher tue, my advice is

“biar laju asalkan selamat sebab aku tau korg mesti mengantuk klo drive slow kn?”

“cmne ko tau?”

“saya juga pemandu seperti anda” <----tiru iklan Exxon mobil =) Adios Amigos

Tuesday, January 6, 2009

best ke sekolah?

So pe agaknya reaksi adik aku ek lpas blk sekolah time 1st day tue?

“nape cikgu asik tukar2 je?”

-die nk compare sekolah rendah dgn tadika. Adess klo tadika mmg la sorg cikgu ajar semue subjek. Jawi pn cikgu tue, English pn cikgu tue jugak. Tp sekolah rendah of course la berbeda. Adik aku pening sbb byk sgt cikgu kot..=)

“mase rehat kejap sgt, ain tak sempat nk abes kan makanan yg ain beli”

-adik aku mengomel sebab mase rehat kjap sgt (ayat yg same cm adik aku ckp, cume olah sket je haha). Aduhaii mentang-mentang la kt tadika tue mase rehat lame gila. Nih mesti perut adik aku terkena culture shock =)

Yg lain tue, biasa la “BEST!”, “seronok sgt” & sebijik ibu jari ditunjukkan ke atas sbg tanda betapa girangnye perasaan bdk darjah satu yg baru berusia sehari nih.

Tak pe, kite tgk la berapa ari die ckp best~

Sunday, January 4, 2009

Ayuh kembali ke sekolah!

6.30pg
"org yg nk pegi sekolah dh siap awal, org yg nk drive tak bgn2 lg"-adik bongsu aku dh start mengomel (-_-")

Salam. Arini ari isnin. Persekolahan sesi 2009 secara rasminya bermula (kecuali kt Kedah, Ganu dgn kelate yg dh bermula awal deh). Utk adik2 yg pernah merasa suasana persekolahan sblom ini, ermm x de feel la sgt kot. Everything same je bgn pg, cuci gigi. Then pkai bju sekolah bru & dgn excitednye pegi sekolah utk jumpe geng2 lame. 1st day sure la tak belajar, sbb nk cerite segala aktiviti sepjg cuti sekolah aritue. Tak lupa juge nk hebohkan mainan yg bru di beli. Tak kurang jgk nk cerite pengalamann bercuti di pantai port Dickson ke...atau segala mcm pengalaman yg dilalui. Ha jgn lupe segala cerita yg dilayan ketika cuti sekolah spt cerita Indon (Intan di astro prima) atau pon cerita melayu (Awan Dania, Rona Roni Makaroni & cerita yg Eira Syazira berlakon tue, adess walaupn slalu layan tp lupe dh aku!).

Aduhai klo ikut ati la, mau je nk sekolah smpi malam sbb tak cukup mase nk cerite semue. Seronoknye mengimbau kenangan lama...

Namun plg best tentula pengalaman yg bakal dilalui oleh adik bongsu aku & semue pelajar freshie yg bakal menempuh pengalaman bersekolah pertama kali nya di darjah 1. Mesti cuak kn? cmne la nnti. Baju sekolah adik aku tue dh abes di try byk kali. Cermin plak dh muak asik tgk model pakaian sekolah je. Isk..iskk..iskk excitednye.

Selalunye 1st day persekolahan akan ditemani oleh ayah atau ibu yg akan ambik on-leave semata-mata utk temankan anaknya utk pertama kalinya menjejak kaki di sekolah. Bukan tak yakin dgn anaknya, tp dgn kehadiran ayahanda & bonda dptla menjadi satu booster kpd anaknya utk menempuh kehidupan baru. Ayah aku pn same gk la ambik cuti arini. Mengikut pengalaman lalu, 1st day persekolahan mmg best sbb korg akan dpt tgk pelbagai aksi yg julung2 kali dpt dilihat.

Antaranya ;

·aksi ayah/ibu belajar semula di dalam kelas

ha yg nih bkannye sbb ayah atau ibunya nk sekolah balik, tp sbb anaknya yg paksa suro join sekaki. ayah aku pernah terlibat. Mau tak nya, abes puas adik lelaki aku melolong mcm ternampak antu ble ayah aku start bye2 die. Aduhai malu beb! At 1st, mmg la ayah aku bleh teman kjap. Tp ble dh lame + dgn parents lain semue dh blah, tggl ayah aku je. Tp adik aku masih jitu menahan ayah aku. Aduhh adik sapa nih??? Malu beb

·aksi memeluk kaki

ha cm cerite Hindustan plak kn? Agagaga nih pn taktik gak la supaya parents die tak dapat bergerak. Berkesan? Tah. Cara utk menangani nya : pakai seluar 2 lapis. So ble anak dh start pegang seluar, parents pn boleh la tanggalkan je seluar tue.

·melolong mcm nampak hantu

cm style adik aku. Agak berkesan! Apabila siren dh memekak, satu care je nk kasi diam. Follow je ape yg die nk. Hurmmm..korg tak payah tersengih la, mesti penah wt kan?

·Aksi 'aku mau pulang'

Yg nih lg hebat. Die dh tak mau sekolah. Die nk join parents die blk umah. Ampes tol! Utk mengatasi gejala ini, parents blehla wt cm nk pegi toilet. Pas2 blah je la. Slalu nye anak die akan mengikut je ke mana parents die nk pegi. Cara lain? Letak je gam gajah kt kerusi anak tue, nnti ble die dh melekat kt kerusi bolehla parents blk. Haha

Rasanye bebdk skrg nih dh jadi semakin berani. Mane diorg takut lg klo kene tinggal.ade je yg siap suro lg parents die blk lpas hantar. Hoho inilah generasi baru. another one, tak semestinya parents je yg pegi teman anak, pe salahnya sbg abang atau kakak mithali, korg pn pegi teman jgk. Mane la tau cikgu yg mengajar adik korg tue cun/ensem ke, ermm dpt la berkenalan sbb dgr cerita cikgu2 bru grade la ni mmg chantek2 beb. Hehe so aksi korg yg mane satu?

Adios Amigos

Friday, January 2, 2009

2009 : A New Hope

sudah puas aku hebahkan kpd semue member yg aku ingin memiliki blog sendiri kira-kira 3 bln yg lalu.

sebab? tah. aku rasa kehidupan aku bernilai utk dikongsi bersama. ermmm hidup aku bukannya dilimpahi dgn wang ataupun harta berjuta. tidak juga disebabkan aku lahir dr keluarga diraja mahupun keturunan Dato' Laksamana.

Namun aku gembira. Gembira kerana mempunyai keluarga bahagia. Gembira mempunyai sahabat yg sama-sama GILA. Sahabat yg 'susah senang bersama'. Tidak lupa juga gembira dgn segala kejayaan & kesusahan yg telah ditempuhi ke hari ini. Gembira di uji dgn pelbagai ujian dr Ilahi. Indahnya dunia ini di selang-seli dgn kenangan manis & kenangan pahit.

Bismillahhirrahmanirrahim, aku dgn ini merasmikan post pertama blog ini.

More to come, insya allah..

Adios Amigos.

Khairul Azri bin Jamaluddin