bukan superman

semalam aku x tido buat interim report utk Final Year Project~ again last minit keje. argghhhh..

so lagu ni la yg menemani aku dari malam sampai la ke subuh..besh2x!! layannn beb lagu ni..

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Repeat Reff

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga

Repeat Reff

Ayahku tersayang maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau

Kita berjanji ’tuk tidak lagi
Menangis karena cinta

Repeat Reff [3x]

info tambahan :

The Lucky Laki adalah sebuah band yang dianggotai oleh anak2 gitaris Dewa19 iaitu Ahmad Dhani. The Lucky Laki popular dengan lagu mereka yang berjudul “Bukan Superman”. Lagu ini dicipta sendiri oleh Ahmad Dhani untuk anak-anaknya.

btol ke laki-laki tak boleh nangis? :)

nama anak?

jumaat, aku tgh lepak dgn osmet..biase la borak2 org bujang, pelbagai hal negara kami bincangkan..ceewahhh hehe

tiba2 osmet aku tanye "nanti aku nk bg name ape kat anak aku?"

tak tau nk jawab ape, blur kjap...............@_@

p/s : aku tak pernah terPK walau sedikit pon pasal nak bagi name ape kt anak..or should i? huhu

utk makluman, osmet aku tue akan pegi kursus kawen keesokan harinya (sabtu)..so ade kaitan x kursus kawen dgn soklan yg die tanye aku tue?

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

-credit to iluvislam.com :)

-ade kaitan ke artikel ni dgn aku? maybe yes maybe no~ *wink wink*

penangan nur kasih (part 1)

“Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu.
Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…” (Hajjah Khadijah)

aku suka sgt quote ni. simple & interesting. we always treat everybody the same walhal setiap org berbeza. sifat berbeza itulah yg menjadikan manusia itu unik & special.

indah, sungguh indah kejadian manusia..

keindahan ini diterjemahkan didalam cerita series Nur Kasih yg ditayangkan setiap jumaat, 9 malam. boleh dikatakan, drama Nur Kasih telah menciapta satu fenomena dalam industri seni tanahair. jalan cerita yg menarik dibantu oleh aksi lakonan berkesan oleh pelakon baru dan lama, maka terhasillah sebuah 'masterpiece' yg pada pendapat aku, buah tangan terbaik drama di Malaysia sehingga ke hari ini. syabas khabir bhatiar & seluruh warga produksi!

macam mana aku boleh sangkut utk menonton Nur Kasih? nanti aku cerita..hehe

jom join ESQ training

salam. last week, aku berkesempatan utk menghadiri ESQ training. training selama 2 hari sgt best. pada pendapat aku la, ESQ training is one of the best training I ever attend during my entire life & it's worth the money. seriously! i encourage everybody to attend this training.

so meh la share sket ape yg aku dapat.

semakin maju sesebuah negara didunia, semakin tggi kadar bunuh diri yg berlaku! ini adalah fakta. persoalannya kenapa ini berlaku?

kemajuan byk dikaitkan dgn kebijaksanaan intelek penduduk dinegara itu. cth terdekat adalah di negara paling maju didunia iaitu jepun. negara jepun sangat maju dan diperakui dunia sbg antara negara yg mendahului dunia dari segi kemajuaan & kebijaksanaan penduduk mereka mereka cipta gadjet2 terlatest. penduduk jepun juga diakui mengamalkan culture world class dari semua aspek kehidpan. Malangnya, negara semaju jepun yg memiliki segalanya (kemajuaan & kebijaksanaan) mempunyai kadar bunuh diri antara yg tertinggi di dunia?

Kenapa kadar bunuh-diri di negara maju dunia tinggi? ape lg yg tidak cukup? malahan mereka yg bunuh diri ini bukan dari calang-calang individu. ada yg merupakan pengarah syarikat, ada yg merupakan ekskutif syarikat, board of directors dan lain-lain. pendek kata mereka bukan la rakyat biasa tetapi merupakan insan penting dalam syarikat atau masyarakat.

so apa kurangnya? pangkat ada. harta ada.

ini lah yg dikupas dlm ESQ..menarik..sungguh menarik!

speed trap

Salam. Selamat Hari Raya semua! raya tahun ni as usual, semua best.

dpt jumpe sanak saudara : BEST

time raya saja la nk berkumpul semua sedare-mare..alhamdulillah semua semakin hari semakin 'sehat'..byk jugak kisah menarik yg berjaya dikongsi..hehe

dpt mencekik makanan : BEST

ni paling masyuk..1st day memang makan sampai muntah..org kate 'balas dendam' setelah sebulan puasa...astaga..1st day dapat makan rendang ayam kampung, rendang kerbau, rendang ayam telor, rendang ayam pencen, sambal kacang, lemang, ketupat, lepat pulut, lontong (btol ke ejaan ni?), daging dinding...perghhh siapa yg boleh tahan beb? -_-" 2nd day nenek saudara buat nasi dagang..nyum-nyum

walaupon skrip menu sama diulang dari rumah A sampai ke rumah Z, tapi still perut meraung-raung mintak disumbat..akibatnya : beraya di jamban yg terletak diluar umah atok pada pkol 3pagi. nyesal =( tp 2nd day still mencekik lagi...... =)

stil dpt duit raya : BEST giler haha..cume dah makin kurang la pendapatan tahun ni..sedeynye

-tahun depan dh keje kn? jangan lupe 'memberi' pulak tahun depan ye..

-tahun ni last dapat duit raya ye! tahun depan jangan menadah pulak..

-owh dh final year? so tahun depan keje kn? jangan lupa duit raya ye..engineer kne bg duit raya AT LEAST RM5 sorg..

antara quote yg aku igt..aku dh besar rupenya.. -_-"

mende yg tak best? ha ni yang tak best..

"ZON PERANGKAP HALAJU DIHADAPAN"

ha..banyak pulak signboard ni kt highway! geram pulak..asyik kene break je..persoalannya : btol ke ade camera 'speed trap' yg dipasang? atau sengaja nak takutkan je supaya semua kereta akan slow-down (seperti aku)?

aku tgk kereta lain selambeje belasah 130-150 km/j walaupon signboard tue depan mata..musykil oh musykil..

papepon, aku sebagai pemandu yg patuh & takut kene saman sentiasa cuba utk menekan brek sehingga meter maintain kt 110 km/j apabila nampak signboard tue..cuak la klo kena saman! haha..

Selamat Hari Raya

Salam semua. Ramadhan kali ini meninggalkan seribu satu kenangan. paling aku igt, ade sekali tue aku pergi beratur utk beli nasi lemak di 'Nasi Lemak Suria' dkat Bazaar Ramadhan Taman Universiti. Act aku baru 1st time nk beli kt gerai tue. sblom ni, aku dh dengar pelbagai komen-komen yg enak ttg Nasi Lemak ni. Sedap + Superb + Perghhh. So sblom abes Ramadhan ni, kne la test skali. karang kempunan pulak.

tp mmg ramai giler la yg beratur. dh la ramai beratur, sorg2 order bukan main banyak. geram pulak. ade gurl depan aku, order 7 nasi lemak. gurl tepi aku pulak, order 5 nasi lemak. pelik tol. diorg ni beli utk satu floor ke? atau beli utk satu blok? @_@

setelah puas tggu, sampai la turn aku. akak yg jage tue tanye "adik nk ape?"

aku pon ckp "bagi saya nasi goreng ayam 2 bungkus!"

akak tue wt muke pelik "ha! nasi goreng?"

opsss..alamak. "sori kak, maksud saya nasi lemak ayam 2 bungkus"

cehh..aku dh biasa sebut nasi goreng ayam ble order kt kdai makan..sekali salah sebut da... semue org kt tepi aku gelak bile dengar aku sebut "nasi goreng ayam". aku bukan sengaja k. spontan kluar kt mulut! -_-" malunye......................

Hari Raya bakal menjelang lagi 3 hari. dis yr puasa plg cepat skali yg penah aku rasa. kejap je dh abes. Papepon, wanna wish u all

Selamat Hari Raya!
Maaf Zahir & Batin

p/s : gonna enjoy my last raya as student.
berapa la agaknya duit raya yg aku akan dapat tahun ni ek? :P
next year dh kne prepare duit raya utk sanak-sedara pulak. heeehee