Tuesday, March 24, 2009

243 & 22

Salam.

arini usia aku dh mencecah ke angka 22. dh besau tp masih lg muda luar dan dalam tau! haha

terima kasih kpd ;

-Tuhan yang Maha Esa kerana sentiasa melimpahkan rahmat & kasih sayang. tQ Allah

-emak kerana telah melahirkan bayi yg comel 22 tahun lalu(bayi itu adalah aku)

-abah kerana telah menjaga bayi yang kiut sejak 22 tahun yg lalu (bayi itu juga adalah aku)

-adik beradik aku yg telah di sakat sejak 22 tahun lalu (dan aku berazam untuk meneruskan tabiat menyakat ini selama-lamanye). pada aku, menyakat adik-beradik adalah satu nikmat yang tak ternilai dr ilahi.

-semue-semue member yg wish sama ada melalui sms, Facebook, Friendster, gtalk & segala medium yg ade. Words cannot describe my feeling rite now! tQ soooooooo much. Really Appreciate it! =)

Tuesday, March 17, 2009

sudut renungan - 1

Salam. ok, ni section baru dalam blog nih, 'Sudut Renungan'. Saja nk kasi balance sket blog nih, ade part lagha, ada part yang baik sket. Semoga blog ni dapat menjana pahala untuk tuannya & juga untuk para pembaca yg budiman. klo tak banyak, dapat sikit pon jadi la..hehe

Renung-renungkan dan Selamat Beramal..=)

Thursday, March 12, 2009

lawak paling raja


Salam semua. last week merupakan peringkat akhir Raja Lawak musim ke-3. aku dh follow siri realiti ni dari season 1 sampai la skrg.

Alhamdulillah undian SMS telah menobatkan si Sepah selaku Raja Lawak bagi edisi kali ini. si Sepah ni memang berhak utk jd champion sebab tidak jemu membuat aku bergelak ketawa sampai nampak taik gigi. walaupun sering menggunakan lawak 'mayat' + lawak 'dewasa', tapi aku tetap suspect/respect r kt diorg!!

cume andai kata la makhluk 3 ekor ni berpecah, memang akan ber'sepah-sepah' la segala usaha mereka selam ini sebab mereka berjaya bukan sebab dominasi individu tertentu, tapi lebih pada kombinasi mantooooooooooooop + idea segar hasil kepale hotak semue! Syabas org Johor..

ke-2 si amir. hurmm performance amir dalam raja lawak umpama yoyo. kejap kt atas kejap kt bawah. cume yoyo amir asik kat bawah je, tak reti nak naik-naik!!! setiap kali persembahan amir, aku akan tukar channel lain...i'm soryyyyyyyyyyyyy amir, tp jehan lebih layak jadi naib champion dari ko.

papepon, aku tak perlu bersedih atau epi sebab aku tak mengundi langsung! pada aku strategi Astro sangat jelas, lepas abes raja lawak je terus Af7 stat. nanti lepas Af7 abes, Sehati Berdansa pulak. mencekik SMS rakyat M'sia je............so kawan-kawan, tak payah la mengundi membazir kredit!! jadi penonton tak pe la..=)

setelah membuat kajian secara terperinci dengan mengambil kire segala aspek ekonomi, disini aku share youtube lawak yang paling raja haram pekejadah sepanjang 3 musim Raja Lawak nih. tak lain tak bukan, lawak Ziffi dari si Jozan. serious lawak gile, aku tgk 10 kali pon still boleh gelak terguling-guling....Jozan, korang memang power beb!!! enjoy..

Tuesday, March 3, 2009

akak tol

Salam. dah 2 minggu aku tak hapdet blog nih. dh bersawang ghrupenye..isk3

ok kali ni aku nk share kisah pasal akak tol pulak. aritue aku & member naik kete bersama dari Somban ke kL utk bermain futsal. ha untuk makluman, sepanjang training ni, aku tak penah lagi main futsal kt PD. klo nk main futsal, aku akan main kt kL je. punyela jauh nk exercise..

on the way ke kL memang banyak tolnye. sebelom sampai tol, kami berdua akan mula membuat andaian mana satu lane yang akak tolnye cun melecun. malangnye tekaan kami semue tak persis & sangat tak accurate. asik dilayan brader tol je...(ape barang brader tol..penat kitorg bayar tol patutnye bagi la semue yg jage tol dari kalangan gadis-gadis sahaja! at least sejuk sket hati lpas penat memandu~ =P)

sampai la kt satu tol nih, (aku pn dh lupe tol kt mane) kitorg nampak tangan yang terjenguk di tingkap tol adalah milik sang hawa. wahh bersorak member aku!! siap bagi gerenti lagi yang akak nih kompem 100% meletop..

bila sampai je turn kete kitorg, segala harapan punah. rase macam gunung everest dah runtuh je..tengah nak ambik tiket tue, member aku 'ter' cakap "ala akak ni tak cun la.."

seriously muke akak tol tue trus berubah................................................aku kondifen yang akak tue dengar ape yang member aku 'ter' lepas cakap td. seriously aku dh stat tahan gelak! (sengal tol..jangan la cakap kuat-kuat sampai akak tue dengar). member aku yg driving pulak wat muke slumber je, ambik tiket & trus blah.

bila dh jauh sket..kitorg bantai gelak la! haha =)