Wednesday, February 18, 2009

pandainye ustazah



Salam. nex week aku agak bz. bukan buat-buat bz tau, tp memang bz. so dis wik aku akan publish 2 post utk qadha' nex wik punye.

below one adalah contoh surat rasmi yang akan ditanya dalam soalan SPM 2009. so aku saja je bocorkan soklan nye, senang sket budak-budak nk studi awai. surat ni jugak boleh dijadikan rujukan untuk para-para suami yang ada hati nak pasang lagi satu! cume aku tak sure pulak sama ada pintu hati bini akan terbukak lepas baca surat nih ataupun pintu rumah terbukak untuk menerajang KELUAR dari rumah..lantak pi la =P

ok..adik aku, ain bru balik dari sekolah. die ade tasmik td. die mengomel

"ain tak faham la dengan ustazah..ain baca salah pon ustazah cakap BAGUS.."

mak aku dengan aku tersenyum je..pandai ustazah bagi motivasi, galakan & semangat untuk budak-budak darjah satu.. =)

contoh surat rasmi pemohonan kahwin lagi



Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

14 Februari 2009

Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik XXX yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Nota :
En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan
Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana?
Guna pisau boleh bang..?".

Kalau berani cubalah.... haha!

Jangan cari NAHAS geng!!! ^_^

Wednesday, February 11, 2009

seekor ikan


Salam. utk makluman semue, aku dh potong rambut. namun gaya rambut terkini aku dikritik hebat oleh family aku. diorg cakap, cam tak de beza je potong rambut dengan tak potong rambut. (sabar je la..). dah dah dah!!! pasni aku tak nak potong rambut, nak biar je rambut aku cecah lantai. tp mengikut kajian rambut aku tak kan sampai lantai sebab ia 'agak bergulung'..namun aku tak pasti kesahihan kajian ini. wallahualam....=P

arini nak cerita sket, ade staff kt office aku kaki pancing. last week ketika die sedang mengasah skill membaling joran sblom stat memancing, tanpa disedari mata kail yang stainless steel tue telah melekat di kaki nya. aaaaaaaaaaaaaaaaaa...aku dapat bayangkan sakit gile! @_@

die pon meraung sambil pergi ke hospital..so doktor pon bius la dulu supaya azab kesakitan joran tue hilang. doktor pon kata....

"cuba bayangkan awak menjadi seorg ikan...sakit tak?"

terus muka die jadi pucat!!!!!!!!


puas kitorg satu office gelak..hahaha

Friday, February 6, 2009

Thought of the day - 2

Wanita cantik curang, Lelaki Kacak Playboy

ade yg bertanya adakah ini hasil observation dari pengalaman aku sendiri? haha..Not Really! it is just my view from others experience but sincerely, "wanita cantik curang, Lelaki kacak Playboy" dah jadi trend

Mentang-mentang la "sekali petik, 10 yg datang", without ignoring their couple feeling, simply carik yang lain. isk3..Dan menda ini menular sehinggakan ia menjadi nanah & kudis kepada kehancuran institusi kekeluargaan di Malaysia. laki & bini org slumber badak je mencarik psgn lain disebabkan masih 'laku' lg

Tetapi ada juga yang mengatakan, itu hak masing2. klo dah die ensem, suka ati la dia nk carik yg lain. mentang2 ko tak ensem, tue sebab ko komplen kn? =P

Come On guys! give your shout here =)

Tuesday, February 3, 2009

rambut



Salam. bangun pagi semalam, aku rase kepala aku panas! adehhh nape nih? cube cek gk kt depan cermin kot2 ade kutu ke yg tengah buat pembakaran terbuka kt rambut aku nih sampai jadi panas..x de plak kesan terbakar.

baru aku prasan yang rambut aku dah semakin panjang! arrrrgggggghhhhhh...tak suke rambut panjang!! klo la rambut aku mcm Brad Pitt, memang aku akan biar la panjang sampai kaki. tp sebab rambut aku ala2 Faizal Ismail....errmmm tak jadi la nk bela pjg2.

blk keje dlm pkol 5.30ptg, aku tekan pedal sekuat ati dgn kelajuan 60 km/j..sampai la kt kedai gunting rambut. sekali tgk gelap aje! adess..aku tak sedap ati.

rupe2 nye Kedai Gunting rambut tutup arini sebab blackout!!! -alasan yang tak penah aku dgr pn seumur idup-

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....malam nih aku nk pasang kipas kuat-kuat, halakan ke arah kepala aku...