#Fakta 1
org yg SOLAT confirm dia PUASA
TAPI
org yg PUASA belum tentu dia SOLAT
maka persoalan sekarang..
antara 2 amalan rukun islam ini, yang manakah perlu dilatih terlebih dahulu untuk anak-anak kita nanti? (sila jawab anda wahai pembaca yg bakal menjadi ibu/bapa kelak)
jawapan : sila rujuk #Fakta 1
saya menerbitkan persoalan ini bukan apa..
saya lihat tradisi masyarakat sekarang, apabila anak itu mencapai umur 5-6 tahun, sudah disuruh untuk berpuasa..siap diberi galakan jika berjaya berpuasa sehari akan mendapatkan singgit!(sounds familiar? :) )
i think it's a good move..salah satu cara untuk memotivasikan anak-anak
cuma
saya rase lebih penting untuk menyuruh anak-anak pada usia 5-6 tahun itu untuk belajar cara bersolat terlebih dahulu..dengan demikian apabila solat sudah terjaga maka secara AUTOMATIKnya anak itu akan berpuasa juga..(sila lihat #Fakta 1)
saya tidak jumpa lagi hadith yg menyuruh ibubapa mengajar anak-anak berpuasa sedari umur 6 tahun lagi TAPI yg pasti memang ada hadith yg mana Rasulluah S.A.W menyuruh ibu bapa mengajar anak-anak bersolat sedari umur 7 tahun!!!!
Nabi bersabda : "Dan ajarkan Anak-anak kamu bersolat ketika umurnya 7 tujuh tahun dan pukulah mereka jika mereka tidak mahu menunaikan solat pada ketika umur mereka 10 tahun"
saya risau dengan lambakkan umat Islam Malaysia yang tidak bersolat hari ini..isu SOLAT adalah isu yg SERIOUS!
bahkan solat adalah amalan pertama yg akan ditanya ketika hari Qiamat nanti..jika solat entah kemana, amalan kebajikan lain spt zakat, haji, umrah, sedekah semuanya akan jadi sia-sia. Allah tak pandang walau sesen pon..
adakah ramai umat islam di Malaysia masakini tidak bersolat disebabkan oleh hasil didikan mereka yg salah sejak kecil lagi dimana ibubapa lebih mementingkan amalan berpuasa daripada amalan solat?
saya risau dgn keadaan remaja sekarang..saya juga remaja!