Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam …..
Mat berdoa, “Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah”
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Kemudian kutip kain busuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dan langsung tertidur……. tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula, “Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja”
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,”Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab
Whatttt???… 9 bulan 10 hari??? Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!!!
" Wahai Tuhan Kami, Sesunggunya Kami Telah Beriman, Oleh Itu Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, ibu Bapa Kami, Anak Isteri Kami Serta Kaum Muslimin Dan Muslimah Dan peliharalah Kami Daripada Azab Neraka. Wahai Tuhan Kami, Janganlah Engkau Mengirakan Kami salah Jika Kami Lupa Atau Kami Tersalah. Wahai Tuhan Kami, Janganlah Engaku Bebankan Kepada Kami Beban Yang Berat Sebagaimana yg Engkau Bebankan Kepada org-org yg terdahulu Daripada Kami. Wahai Tuhan Kami, Janganlah Engaku Pikulkan Kepada Kami Apa Yg Kami Tidak Terdaya Memikulkannya Serta Maafkanlah Kesalahan Kami, Ampunkan Dosa Kami Dan berikanlah Rahmat Kepada Kami. Engkaulah Penolong Kami. Oleh Itu Tolongkanlah Kami Untuk Mencapai Kemenangan Terhadap Kaum-Kaum Kafir. Wahai Tuhan Kami, Janganlah engkau Memesongkan Hati Kami Sesudah Engkau Beri Petunjuk Kepada Kami, Dan Kurniakanlah Kepada Kami Limpah Dari Sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Jualah Tuhan Yang Melimpah-limpah PemberianNya "
p/s : ingat senang ke nak jadi seorang ibu @ seorang isteri???? hehe.. Thanks Mak!!! Thanks future-wife(wherever, whoever you are)!!!
ehem. (beruntungnya sape future wife si K.A ni) :D
ReplyDeletemestila untung! ehem2 :P
ReplyDeletehaha. kelakar ;p
ReplyDelete