Friday, October 8, 2010

Thought of The Day - 09/10

salam. ermm arini aku cadang nak kembali ke segmen 'Thought of The Day' memandangkan topik blog aku sejak akhir-akhir ini banyak berkisar pada walimah (atau yang berkaitan dgn walimah) yg tah hape-hape (ceewahhh) tue.

last segmen ni adalah pada hujung tahun lepas (klik disini klo sudah terlupe).

so untuk kali ini pula,

MASA, TENAGA & WANG adalah 3 elemen yang sangat penting dalam kehidupan seorang manusia. Mari kita lihat bagaimana 3 elemen ini berubah mengikut peredaran masa dari zaman kanak-kanak sampai ke tua.

zaman kanak-kanak : banyak MASA banyak TENAGA tiada WANG

zaman muda remaja : banyak TENAGA banyak WANG tiada MASA

zaman tua : banyak WANG banyak MASA tiada TENAGA

jadi wahai orang muda, sementara berTENAGA (sihat walafiat) dan berWANG (bukan beruang ye) maka cariklah MASA yang sedikit itu untuk dimanfaatkan sebaik mungkin ye :)

jangan sampai apabila sudah tua, mula lah menyesal tak sudah. TENAGA sudah tiada. hendak beribadah dengan sempurna pun tidak mampu kerana kaki sudah sakit sendinya. penyakit kencing manis darah tinggi semua ada belaka. malangya sudah tua tidak boleh 'reverse' jadi muda semula!

renung-renungkan..

No comments:

Post a Comment